Friday, December 9, 2016

Mini Novel: Kasih Alisya (Part 1)

            "Sya tolong mama, ya?" lirih suara Datin Maryam memujuk anak angkatnya itu.
            Alisya serba salah. Adakah menerima cadangan Datin Maryam adalah yang terbaik untuk mereka sekeluarga? Yang paling dia risaukan adalah penerimaan Fikri. Teringat pertemuan mereka petang tadi.
            "Aku takkan batalkan majlis pertunangan ni. Aku tak paksa kalau kau tak dapat tolong keluarga kita, aku cari orang lain saja untuk jadi tunang aku." Fikri berkata senada. Mungkin dia turut buntu, yalah ditinggalkan bakal tunang sehari sebelum majlis pertunangan.
            "Sya?"
            Alisya berpaling. Baru perasan dia masih balum menjawab pertanyaan ibu angkatnya sebentar tadi. Lama dia memandang Datin Maryam.
            "Sya ikut cakap mama."
           Sebaik sahaja Alisya bersetuju, Datin Maryam mengucapkan syukur lantas memberitahu ahli keluarga yang lain. Dari jauh Alisya jelas terpancar kegembiraan di wajah Datin Maryam dan Dato' Kamal selepas mendapat persetujuannya tadi.
            Dalam hati, Alisya bersyukur. Tidak disangkanya dia dapat menjadi tunang kepada lelaki yang amat dicintainya dalam diam itu. Dia akui, dia mula jatuh cinta kepada Fikri sejak pertama kali dia dibawa berjumpa keluarga itu. Namun, angan-angannya untuk memiliki jejaka itu terpaksa dikuburkan kerana Fikri sudah mempunyai kekasih hati ketika mereka masih belajar di Tingkatan Empat. Mustahil untuknya memusnahkan perhubungan itu. Lagipun, Fikri hanya menganggapnya sebagai kawan sahaja memandangkan umur mereka sama.   
.............................................................................................................................................................
            "Sya jaga diri baik-baik, ya. Fikri, jaga tunang kamu ni. Ingat, dulu kamu bolehlah buat tak tahu dengan Sya sebab dia cuma adik angkat kamu je. Sekarang ni, Sya bakal isteri kamu. Ingat tu." Panjang pesanan Datin Maryam.
            Sejak dulu lagi Fikri tidak begitu rapat dengan Alisya. Bukan tidak suka, namun Fikri sendiri kurang pasti. Dia agak kekok ketika berhadapan dengan Alisya. Namun, dia malas mengambil kisah sampailah mereka mendapat tawaran pengajian di universiti yang sama. Barulah mereka kerap berhubung dan pulang ke rumah bersama-sama.
            "Ya, mama. Jangan risau."
            "Alah abang tu, cakap je. Nanti-nanti buat Kak Sya menangis siaplah Farah kerjakan," tambah adik bongsunya pula.
            "Sya boleh jaga dirilah, mama. Takmau risau-risau ni." Alisya bersuara bagi meredakan keadaan yang seakan-akan 'berat sebelah' itu. Bahu Datin Maryam dipeluknya.
            Keadaan sunyi sepi di dalam kereta. Alisya mahupun Fikri tidak langsung berkata apa-apa. Radio juga tidak dipasang membuatkan Alisya lagi tidak senang duduk.
            "Kau dah bagitahu kawan-kawan kau ke pasal ni?" tanya Fikri. Sesekali memandang ke arah Alisya.
            "Hah? Pasal apa?" Alisya menyoal kembali.
            "Nilah, aku ... kau ... tunang," satu persatu perkataan dituturkan.
            "Oh ... belum," jawab Alisya malu-malu.
         "Baguslah. Aku rasa takyah bagitahu pun takpa. Hal ni biarlah antara kita saja. Lagipun, kita baru bertunang. Bukan nak kahwin pun lagi." terang Fikri.
            Alisya tidak jadi memandang Fikri. Cincin belah rotan yang elok terletak di jari manisnya dipegang. Kini dia tahu di mana letaknya dia di sisi seorang Aliff Fikri. Hampir menitis air matanya ketika Fikri menuturkan itu tadi.
            "Saya faham."
            Selepas itu, keadaan kembali sunyi. Alisya tiada lagi niat untuk bersuara.
............................................................................................................................................................
            "What's up, bro? Kata balik bertunang, tapi aku tengok muka hang ni dah macam orang mati bini ja. Awat ni? Takkan tak jadi bertunang kot. Hahaha" tanya Hafiz, rakan sekuliah Fikri sambil berjenaka.          
            "Takda apalah. Aku stress sikit dengan FYP ni," selindung Fikri sambil menunjuk ke arah tesisnya yang masih banyak belum disiapkan.
            Mawi di sisi hanya menggeleng. Dia tahu akan perkara sebenar yang berlaku. Sampai-sampai saja di kampus, Mawilah yang dicarinya untuk meluahkan perasaan.
            "Amacam, Fik? Seronok jadi tunang orang?" Hafiz masih lagi mahu mengusik temannya.
            "Kau rasa? Hahaha" Fikri layankan saja.
            "Ni yang buat aku rasa nak betunang juga ni. Fik, kau tolonglah aku."
           "Apa pulak aku. Hang suka perempuan tu, pi lah tackle dia, masuk meminang. Haaa jadilah tunang dia." Seronok pula Fikri memberi idea.
        "Aku berkenan kat Alisya tu la, Fik. Adik angkat hang tu. Hang tolonglah adjust dia untuk aku," senang Hafiz meluahkan perasaannya.
            Hampir terlepas cawan di tangan Fikri yang ketika itu sedang meminum air. Terkejut apabila nama Alisya disebut. Tunang aku? Eh, bila pula aku mengaku dia tunang aku?
            "Ha? Alisya? Budak course elektronik tu?" Terus Mawi bertanya.
            "Yalah. Awat hang terkejut sangat ni, Mawi? Hang jangan kata hang pun suka dia. Aku dah lama berkenan kat dia, dari kita first year lagi." ujar Hafiz.
            "Hish .. Taklah. Tapi taktaulah pulak kalau dia dah berpunya, betul tak Fik?" kata Mawi sambil menepuk bahu Fikri.
            "Aaa ... Nantilah aku fikirkan, Hafiz."
           'Fikir apa lagi, Fikri? Alisya tu tunang kau. Takkan kau nak pass kat orang pulak. Tak baik tu.' monolog Mawi.
.............................................................................................................................................................
            Hujan turun dengan sangat lebat. Jam sudah menunjukkan pukul 6.00 petang. Dengan senggugut yang dirasai sejak beberapa jam yang lau, ditambah dengan perut yang lapar kerana seharian di makmal membuat eksperimen, membuatkan hatinya sangat sayu. Dia masih di pusat pengajiannya menunggu hujan sedikit reda. Duduk di atas kerusi panjang sambil memerhati titisan air hujan. Alangkah indahnya kalau Fikri muncul di situ untuk membawanya pulang. Untuk menghubungi Fikri, memang dia takkan lakukan. Sudikah Fikri bersusah payah kerananya? Lagipun, dia juga tidak tahu di manakah keberadaan lelaki itu tatkala ini.
            "Kau buat apa kat sini? Duduk kat sini lepas tu terkena tempias hujan, nanti demam. Kan susah."
            Alisya berpaling. Fikri?
            "Jomlah aku hantar kau balik. Dah petang ni. Bahaya kau duduk sini sorang-sorang." Ajak Fikri.
            Alisya mengangguk. Dia juga sudah tidak sabar untuk berehat. Mahu mengurut pinggangnya yang sudah sakit.
            "Kita pergi makan dulu. Aku laparlah." Ujar Fikri lantas membelokkan kereta di sebuah kedai makan berhampiran kampus.
            Sementara menunggu makanan dihidangkan, Fikri tidak lepas memandang gadis itu. Seingatnya, sudah hampir sebulan mereka tidak bersua. Dia agak, mungkin Alisya marah dengannya kerana menyuruhnya merahsiakn status perhubungan mereka. Dilihatnya jari manis kiri Alisya, masih terletak elok cincin pilihannya dengan Qaseh dahulu. Sepatutnya Qaseh yang memakai cincin itu, alih-alih Alisya pula yang menjadi pemiliknya. Perancangan Allah SWT, tidak ada sesiapa yang tahu. Dia mengeluh.
            "Tak baik mengeluh. Stress dengan FYP ke? Tu semua hal dunia je. Sesusah manapun, pasti ada jalan penyelesaiannya," Alisya bersuara.
            "Amboi, gaya bercakap macam FYP dah siap, bolehlah."
            "Hahaha ... Taklah. Tapi takkan saya nak menangis pulak,"
            "Saya? Errr ... Since when?" Fikri tersentak. Dia kepelikan kerana Alisya membahasakan dirinya 'saya'. Selama ini, dia akan menggunakan kata ganti diri Sya-Abang walaupun Fikri lebih selesa menggunakan aku-kau.  
            Mati terus senyuman Alisya.
            "Sejak cincin ni terletak di jari saya. Saya tahu siapa saya dalam hati awak, tapi saya hormatkan awak atas status  yang awak pegang sekarang. Awak nak panggil saya apa, itu terpulang kepada awak." Alisya nekad. Dia mahu menjadi seorang berusaha untuk memiliki sekeping hati Aliff Fikri. Sekiranya dia gagal, tidak apa. Yang penting, dia sudah berusaha.
            Mereka tidak lagi bercakap soal itu apabila pelayan menghantar makanan yang dipesan. Mereka makan dengan aman. Tenaga perlu diisi semula. Banyak lagi perkara perlu diselesaikan sebelum mereka tamat pengajian beberapa bulan lagi. Selapas itu ke manakah hala tuju perhubungan mereka? Alisya sendiri tidak pasti. Sebulan menjadi tunangan lelaki tersebut, tidak ada apa-apa yang berubah. Hubungan mereka tetap sama.
 ............................................................................................................................................................

            "Sya, I am so sorry. Aku lambat balik pulak. Kau balik dalam hujan ke tadi?" Tanya Liyana sambil menepuk bahu Alisya.
            "Takpa Yana. Aku balik dengan Fikri tadi." Ujar Alisya.
            "Eloklah tu, Sya. Lagipun dia tunang kau, bakal suami kau," sambung Liyana.
            "Entahlah, Yana. Aku taktau ke mana hala tuju hubungan aku dengan Fikri sebenarnya."
            "Kenapa ni, Sya? Fikri belum dapat terima kau ke?"
            "Yana, kau pun tahukan Fikri nak bertunang dengan orang lain pada mulanya. Aku ni cuma tunang ganti je," tersedu-sedan Alisya memberitahu.
            "Sabar ya, Sya. Kalau Fikri tu jodoh kau, Allah akan permudahkan segala-galanya," pujuk Liyana lantas memeluk Alisya.
            "Terima kasih, Yana. Kau doakan aku ya."
.............................................................................................................................................................
            "Sya, kau larat pergi kuliah tak ni? Macam teruk sangat je senggugut kau." Arah Liyana. Risau pula dia melihat Alisya yang mengerekot menahan sakit perutnya.
            "Aku tak pergilah. Nanti kau tolong ajar aku, ya." Sempat Alisya memesan kepada Liyana.
            "Takde hallah, Sya. Kau tu rehat, tuam perut kau tu."
            Alisya hanya tersenyum. Dia betul-betul tidak larat. Tadi Liyana sempat menjerang air untuknya tuam. Dia bersyukur kerana dikurniakan sahabat sebaik Liyana di universiti ini. Dia hanya berbaring dan kembali menuam perutnya. Berharap agar kesakitan yang diamalinya akan bernasur hilang tidak lama lagi.
.............................................................................................................................................................

            "Fik, kenapa Alisya tak datang kuliah?" Bisik Mawi kepada Fikri ketika pensyarah mereka masih sedang mengajar. Fikri menoleh dan mengangkat bahu, menandakan dia tidak tahu.
            "Isy, kau tunang dia kot. Ambil beratlah sikit kat dia. Kesian dia, Fik," sambung Mawi lagi.
            Fikri hanya berdiam. Pandangannya dihalakan ke hadapan namun apa yang sedang dijelaskan oleh pensyarahnya langsung tidak ditumpunya. Otaknya mula berfikir tentang Alisya lantas telefon bimbitnya dikeluarkan dari dalam poket.

            Salam. Kau kat mana? Kenapa tak datang kuliah? -Fikri

            Seminit, lima minit berlalu namun masih tiada balasan. Fikri tidak dapat menumpukan perhatiannya di dalam kuliah. Sekejap-sekejap dia memandang skrin telefon bimbitnya. Risau juga dia sekiranya apa-apa terjadi pada Alisya.
            Hampir 20 minit selepas itu, kuliah mereka tamat. Fikri terus bangun dan keluar dari dewan kuliah. Panggilan daripada Mawi tidak diendahkannya.
            "Eh, ke mana kawan hang nak pergi tu, Mawi? Nampak tergesa-gesa je," tegur Liyana. Sememangnya Liyana dan Mawi bersahabat baik kerana mereka telah kenal antara satu sama lain sejak dari kecil lagi.
            "Risaulah tu tunang tak datang kuliah," seloroh Mawi.
            Liyana menepuk dahi.
            "Aku terlupa nak bagitahu tadi, Sya tak berapa sihatlah sebab tu tak datang kuliah," terang Liyana kepada Mawi.
            "Takpalah, Liyana. Bagus juga Fikri pi cari Sya. Biar hubungan diorang berkembang sikit."
            Liyana mengangkat kening, seolah-olah mengerti apakah yang cuba disampaikan oleh sahabatnya itu.
............................................................................................................................................................

            "Hello?"
            "Aku ada kat depan asrama kau ni. Turun sekarang," tegas suara Fikri.
            'What? Apalah Fikri ni. Aku dahlah sakit, ada ke patut dia bagi arahan macam tu je.'
            Dengan badan yang tak berapa nak sihat, dia turutkan juga. Selepas masa diambil dalam 10 minit, dia turun dengan memakai seluar slack hitam dan sweather hijau bertudungkan warna senada.
            Dari jauh kelihatan Fikri sedang bersandar di bahu keretanya menanti Alisya. Alisya mendekati.
            "Kenapa kau tak datang kuliah tadi? SMS aku pun kau tak reply."
            "Saya tak sihatlah. Takkan saja-saja tak pergi kuliah pulak," Alisya menjawab. Geram pun ada juga.
            Fikri terkejut mendengar jawapan Alisya. Dia memandang muka Alisya. Memang nampak pucat dan tidak bermaya. Timbul rasa bersalah kerana bersuara kasar tadi.
            "Kau demam ke? Jom aku bawa kau pergi klinik,"
            "Taknak. Nanti kalau aku nak pergi, aku pergi dengan Liyana," bantah Alisya.
            "Liyana kan tak balik lagi. Aku yang ada kat sini dengan kau, pergi dengan aku jelah."
            "Tapi saya ..."
            Tidak sempat Alisya mahu menjelaskan, tangannya sudah ditarik Fikri untuk masuk ke dalam kereta. Nasib berlapik!
.............................................................................................................................................................

            Mahu tergelak pun ada memikirkan kata-kata doktor sebentar tadi.
            "She's fine. Biasalah, mula-mula memang macam ni. She is adapting to married life," terang doktor wanita pertengahan umur itu kepada Fikri.
            "Errr, pardon?"
            "Sepatutnya bila sudah berkahwin, penyakit senggugutnya akan hilang. Tapi dalam case kamu berdua ni, mungkin kerana masih baru berkahwin, jadi dia masih mengalaminya." terang doktor itu lagi dengan lebih panjang.
            "Oh ..." tidak terkata Fikri pada waktu itu.
            Di dalam hatinya, 'Married life? She's not my wife, Dr.'
            "Fik, kau ni dah kenapa senyum sorang-sorang? Dah macam weng je aku tengok," laju Mawi menyoal apabila melihat sejak tadi Fikri seakan-akan di dalam dunianya sendiri.
            "Ke situ pulak kau ni. Nak ke kau ada roomate macam tu?" Fikri menyoal kembali.
            "Taklah. Tapi keadaan kau tu yang buat aku musykil. Haaa ... Alisya apa cerita?" Mawi baru teringat akan perihal yang satu itu.
            "Yang kau sibuk nak tahu pasal tunang aku tu apahal pulak?" laju Fikri membalas.
            "Aik? Dah mengaku tunang nampaknya." Mawi mengangkat kening.
            "Dia memang tunang aku pun, kan."
            "Fikri, aku betul-betul harap jodoh kau berpanjangan dengan Alisya tu sebab aku yakin dia boleh bahagiakan kau." Mawi menyuarakan pendapatnya sambil menepuk bahu Fikri.
            Fikri hanya tersenyum. Dia sendiri tidak pasti dengan perasaannya kini. Dia akui, perwatakan Alisya yang berdikari itu sangat menyenangkannya. Ada kalanya apabila dia bersikap tegas dengan gadis itu, dia tahu Alisya mahu memberontak. Namun, akhirnya Alisya tetap akan mengalah. Dia tahu Alisya sering kali ingin membuat dirinya berasa senang. 'Aku dah jatuh cinta dengan diakah?'
.............................................................................................................................................................

            "Alisya."
            Alisya yang sedang berjalan dengan Liyana menuju ke kafeteria, berpaling.
            "Errr ..ya?"
            "Awak dah sihat?"
            Alisya mengerutkan dahi.
            "Fikri bagitahu saya yang awak tak sihat beberapa hari lepas." kata Hafiz setelah melihat kerutan dahi Alisya.
            "Fikri bagitahu?"
            "Ya ... errr ... tak. Saya yang tanya Fikri sebenarnya," Hafiz menjelaskan. Terketar-ketar suaranya. Mungkin malu berhadapan dengan gadis pujaannya.
            Alisya lega. Pasti dia akan lebih berkecil hati sekiranya Fikri yang memberitahu Hafiz perihal dirinya. Kelihatan seolah-olah Fikri langsung tidak menghormatinya sebagai tunangan lelaki itu.
            "Saya dah sihat. Terima kasih sebab ambil berat."
            "Sya, ni untuk awak," ujar Hafiz sambil menghulurkan sekuntum bunga mawar merah kepada Alisya.
            Alisya teragak-agak untuk menyambutnya. Eh tak! Alisya memang tiada niat untuk menerimanya. Namun, seakan kurang ajar sekiranya dia tidak menyambut huluran itu.
            "Fiz, Alisya alergik dengan bunga. Dia bukan setakat tak boleh hidu bau, duduk dekat dengan bunga pun boleh pengsan nanti," kata Fikri yang entah muncul dari mana terus mencapai huluran bunga tersebut.
            "Yakah? Hang la ni Fikri tak bagitahu tadi. Nasib baik Sya tak pengsan," ucap Hafiz sekadar menutup malu.
            "Maaf ya, Hafiz. Dan lagi satu, saya lebih selesa kalau awak panggil saya Alisya. Yana, aku nak baliklah. Tak dapat teman kau makan. Sorry." ujar Alisya lantas meninggalkan mereka.
            Terkebil-kebil mata Hafiz memandang suasana tersebut. Fikri pula turut meminta diri untuk pulang.
            "Sya, tunggu."
            Alisya tersentak. Tidak disangka Fikri akan mengejarnya.   
            "Awak nak apa, Fikri?"
            "Kau tak makan lagi, kan? Kita pergi makan dulu. Lepas tu aku hantar kau balik," ajak Fikri.
            Alisya mahu menolak. Namun, niatnya dipadamkan apabila dia melihat wajah jejaka itu yang seakan-akan merayu.
.............................................................................................................................................................

           "Kenapa kau tak terima bunga daripada Hafiz tadi?" Soal Fikri kepada Alisya usai mereka memesan makanan.
            "Awak memang tak faham atau buat-buat tak faham, ya? Saya ni tunang orang, takkan saya nak terima bunga daripada lelaki lain pulak." Geram betul Alisya dengan Fikri. Boleh pulak dia tanya soalan luar alam macam tu.
            "Kau serius ke dengan pertunangan kita ni?" Tanya Fikri. Mungkin sudah tiba masa untuk mereka berbincang secara serius tentang hala tuju hubungan mereka.
            "Awak ingat saya bertunang saja-saja ke?"
            "Tapi kau tahu kan aku masih cintakan Qaseh." jawab Fikri.
            Hancur hati Alisya mendengar jawapan Fikri. Fikirnya, beberapa bulan tempoh pertunangan mereka sedikit sebanyak dapat membuatkan Qaseh lenyap daripada hatinya. Rupanya tersasar jauh tekaannya.
            "Apa maksud awak?"
            "I mean, what if ..."
            "Fikri."
            Alisya dan Fikri sama-sama menoleh. Kelihatan seorang gadis tinggi lampai berjalan mengahampiri meja mereka.
            "Qaseh ..."


Thursday, December 8, 2016

Weekly Usrah.

Assalamualaikum and Hi,

How are you today?

I am quite busy today with the research work and yeah, I attended USRAH IKRAM today. Discussing and talking about last week event, which was Perhimpunan Harmoni 2016. What is it actually? Harmoni is the offical name given to IKRAMSiswa - to be registered with Registrar of Youth (ROY). So now, IKRAMSiswa or Harmoni is the registered organization under IKRAM Malaysia. Syukur alhamdulillah, there must be too much effort to realize this. Apart from that, one of my usrah-mates (Ayin) shared to us about "Kecintaan kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW". Too many inputs from the sharing. Diceritakan sahabat-sahabat Rasulullah SAW sangatlah menzahirkan kecintaan mereka kepada Rasulullah SAW dengan melindungi baginda semasa berperang, sanggup berkorban untuk baginda dan perlbagai lagi. Para sahabat dapat menzahirkan kecintaan mereka kerana mereka hidup pada zaman Rasulullah SAW. Bagaimana pula dengan kita pada masa ini? Tidak bermaksud kita tak dapat menzahirkan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW, tetap ada caranya juga. Sebagai contoh, kita mengamalkan sunnah baginda dalam kehidupan seharian kita, berzikir dan melakukan sebanyak mungkin sunnah baginda.

Harap sedikit sebanyak entri pada hari ini dapat menambah ilmu kita semua.

Thanks for reading. :)


Lots of love,
Norhamizah.


Wednesday, December 7, 2016

USM 54th Convocation.

Assalamualaikum and Hi everyone,

It has been a while since my last post before. - I know I am not a good blogger, I'll try to give more commitment to this blog after this ok. :) I am really sorry.

In this entry, I would like to share about my Bachelor Degree's convocation on last 27th of October 2016. To be frank, it was a wonderful and awesome moment to me and my family. Syukur alhamdulillah, I managed to complete my Undergraduate studies successfully.

Along with the convocation, I was awarded with USM Gold Medal Award for Disabled Student - Dulu masa first year pernahlah terfikir mesti happy sesangat kalau dapat award tu tapi tak pernah terfikir nak dapat betul-betul sebab rasanya banyak lagi pelajar-pelajar yang lebih cerdik pandai dekat luar tu. I competed with  the other 2 disabled students in USM (from main campus), and I managed to secure the award at last. Memang rezekilah. I bet the 2 students must be very good and intelligent as well. :)

Actually, I was informed about the award around a month before the convocation's ceremony by one of the USM staffs. He said, "Tahniahlah, lepas ni buat sujud syukur ye." I didn't know how to respond him at that time. Speechless ok tetiba ada orang call dan bagitau hal tu. Tak terfikir langsunglah akan dapat panggilan macam tu.

Makin dekat dengan tarikh konvokesyen, dapat pula mesej daripada staf USM yang lain jemput hadir ke sidang akhbar USM bersama-sama Naib Canselor USM - Prof Dato Dr Asma Ismail. Masa ni dapat agaklah akan masuk dalam newspaper lagi lepas ni. :) Hahaha~~~



PC tu sepatutnya pukul 1.00 tengah hari tapi kami diminta hadir awal sikit. For your information, I wasn't alone at the event, 4 students involved actually. All of us were the Gold Medal Award receivers. Among all, I was the only flower. :) Ok ni nervous, tapi bersyukur juga sebab ada wakil daripada kalangan pelajar-pelajar perempuan USM. 


If you notice, the one on my right is having the same stripe as mine - green stripe. He is Lim Yen Ruen, who is the Gold Medal Cancellor Award receiver. We were classmates, in the same course - Electronic Engineering. It was great to have someone I know there. Other 2 guys are Hijan and Benedict. We chatted quite a lot that time. When the reporters were taking photos of us, we had to do several pose, so let's just not waste the time and chatted among us. ;) 


We did had conversation with the VC, she advised us a lot, encouraged us to work and give back to the society. We chatted just like we knew each other very well. Maybe because I was the only girl there, so I was asked by the VC, "do you have a boyfriend?" I really had no idea what to respond then I just smiled and smiled to her, hoping that we would change the topic. But all of us just laughed and smiled until she added, "normally dah adalah kan," Hahaha~~~ Once again I was speechless. Whatever! Hopefully what she said is true. Today in my blog, I would like to say that I got NO boyfriend, but I am very hopeful to be granted with a guy entitled "my husband" soon. Ameen, tolong doa sama k. :)


Our families and us were also being given the opportunity to take photos together. It was such a great experience to me.

In the evening, I attended the Majlis Perasmian Konvokesyen USM ke-54, officiated by the USM Pro Cancellor - YBhg Tan Sri Dr M.Jegathesan. This was when I received the award.


Syukur alhamdulillah, it was precious to see my family proud of me. :) Dapat sijil, pingat emas & cash. Cash tu boleh habis, sijil dengan pingat tulah bukti award tu. Terima kasih banyak-banyak pada pihak USM atas penganugerahan ini. Seronok tu seronok sangat, tapi letih pun ya. :( Being disabled makes me different from the others. Ya, I know that. I know it very clearly. Kadang-kadang hal-hal yang simple pun terasa letih sangat. I admitted I was too tired since the day I collected the Jubah Akademik until the convocation day. But, it's worth very much! :)

Both of them are the dean and lecturer from the School of Management, USM.



Sempat juga berpre-convo photoshoot dengan kesayangan2 ni. Semua busy dengan keluarga dan hal masing2 masa hari konvokesyen, tapi alhamdulillah ada juga gambar kita.


Ni photoshoot dekat homestay. Memang superb sangat tempat dia. Punyalah cantik, sesuai sangat untuk photoshoot. To my future husband, "Nanti I nak photoshoot dekat sini boleh?" ;)

On the convocation day ...

Arrived at Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP) around 8.00 a.m.. sebab cari dewan kuliah untuk mendaftar tapi tak jumpa-jumpa. Rupanya untuk disabled graduant, they settled for us. So, dapat terus masuk DTSP. Pakai jubah pun dalam ni je, thankss Baby (my sis) for her help.


Dah plan siap-siap dah Baby masuk dewan untuk keluarkan I. Sempat juga bergambar dengan geng kat dalam dewan walaupun kena halau. Hahaha




Bunga tu besar sangat, dah terbalik-terbalik pegang dia. :(

Ni merenung jauh tmengenang hidup sepanjang MSc lepas ni. ;)

Paling berharga ni. 4 tahun berhempas pulas semata-mata nakkan sijil ni. 

Well, nilah sedikit sebanyak tentang Konvokesyen Norhamizah. You might not find it meaningful, but it is to me. Thanks for reading. :)

Have a nice day.

Lots of love,
Norhamizah.