"Sya tolong mama, ya?"
lirih suara Datin Maryam memujuk anak angkatnya itu.
Alisya serba salah. Adakah menerima
cadangan Datin Maryam adalah yang terbaik untuk mereka sekeluarga? Yang paling
dia risaukan adalah penerimaan Fikri. Teringat pertemuan mereka petang tadi.
"Aku takkan batalkan majlis
pertunangan ni. Aku tak paksa kalau kau tak dapat tolong keluarga kita, aku
cari orang lain saja untuk jadi tunang aku." Fikri berkata senada. Mungkin
dia turut buntu, yalah ditinggalkan bakal tunang sehari sebelum majlis
pertunangan.
"Sya?"
Alisya berpaling. Baru perasan dia
masih balum menjawab pertanyaan ibu angkatnya sebentar tadi. Lama dia memandang
Datin Maryam.
"Sya ikut cakap mama."
Sebaik sahaja Alisya bersetuju,
Datin Maryam mengucapkan syukur lantas memberitahu ahli keluarga yang lain. Dari
jauh Alisya jelas terpancar kegembiraan di wajah Datin Maryam dan Dato' Kamal
selepas mendapat persetujuannya tadi.
Dalam hati, Alisya bersyukur. Tidak
disangkanya dia dapat menjadi tunang kepada lelaki yang amat dicintainya dalam
diam itu. Dia akui, dia mula jatuh cinta kepada Fikri sejak pertama kali dia
dibawa berjumpa keluarga itu. Namun, angan-angannya untuk memiliki jejaka itu
terpaksa dikuburkan kerana Fikri sudah mempunyai kekasih hati ketika mereka
masih belajar di Tingkatan Empat. Mustahil untuknya memusnahkan perhubungan
itu. Lagipun, Fikri hanya menganggapnya sebagai kawan sahaja memandangkan umur
mereka sama.
.............................................................................................................................................................
"Sya jaga diri baik-baik, ya.
Fikri, jaga tunang kamu ni. Ingat, dulu kamu bolehlah buat tak tahu dengan Sya
sebab dia cuma adik angkat kamu je. Sekarang ni, Sya bakal isteri kamu. Ingat
tu." Panjang pesanan Datin Maryam.
Sejak dulu lagi Fikri tidak begitu
rapat dengan Alisya. Bukan tidak suka, namun Fikri sendiri kurang pasti. Dia
agak kekok ketika berhadapan dengan Alisya. Namun, dia malas mengambil kisah
sampailah mereka mendapat tawaran pengajian di universiti yang sama. Barulah
mereka kerap berhubung dan pulang ke rumah bersama-sama.
"Ya, mama. Jangan risau."
"Alah abang tu, cakap je.
Nanti-nanti buat Kak Sya menangis siaplah Farah kerjakan," tambah adik
bongsunya pula.
"Sya boleh jaga dirilah, mama.
Takmau risau-risau ni." Alisya bersuara bagi meredakan keadaan yang
seakan-akan 'berat sebelah' itu. Bahu Datin Maryam dipeluknya.
Keadaan sunyi sepi di dalam kereta.
Alisya mahupun Fikri tidak langsung berkata apa-apa. Radio juga tidak dipasang
membuatkan Alisya lagi tidak senang duduk.
"Kau dah bagitahu kawan-kawan
kau ke pasal ni?" tanya Fikri. Sesekali memandang ke arah Alisya.
"Hah? Pasal apa?" Alisya
menyoal kembali.
"Nilah, aku ... kau ...
tunang," satu persatu perkataan dituturkan.
"Oh ... belum," jawab
Alisya malu-malu.
"Baguslah. Aku rasa takyah
bagitahu pun takpa. Hal ni biarlah antara kita saja. Lagipun, kita baru
bertunang. Bukan nak kahwin pun lagi." terang Fikri.
Alisya tidak jadi memandang Fikri.
Cincin belah rotan yang elok terletak di jari manisnya dipegang. Kini dia tahu
di mana letaknya dia di sisi seorang Aliff Fikri. Hampir menitis air matanya
ketika Fikri menuturkan itu tadi.
"Saya faham."
Selepas itu, keadaan kembali sunyi.
Alisya tiada lagi niat untuk bersuara.
............................................................................................................................................................
"What's up, bro? Kata balik bertunang,
tapi aku tengok muka hang ni dah macam orang mati bini ja. Awat ni? Takkan tak
jadi bertunang kot. Hahaha" tanya Hafiz, rakan sekuliah Fikri sambil
berjenaka.
"Takda apalah. Aku stress sikit
dengan FYP ni," selindung Fikri sambil menunjuk ke arah tesisnya yang
masih banyak belum disiapkan.
Mawi di sisi hanya menggeleng. Dia
tahu akan perkara sebenar yang berlaku. Sampai-sampai saja di kampus, Mawilah
yang dicarinya untuk meluahkan perasaan.
"Amacam, Fik? Seronok jadi
tunang orang?" Hafiz masih lagi mahu mengusik temannya.
"Kau rasa? Hahaha" Fikri
layankan saja.
"Ni yang buat aku rasa nak
betunang juga ni. Fik, kau tolonglah aku."
"Apa pulak aku. Hang suka
perempuan tu, pi lah tackle dia,
masuk meminang. Haaa jadilah tunang dia." Seronok pula Fikri memberi idea.
"Aku berkenan kat Alisya tu la,
Fik. Adik angkat hang tu. Hang tolonglah adjust
dia untuk aku," senang Hafiz meluahkan perasaannya.
Hampir terlepas cawan di tangan
Fikri yang ketika itu sedang meminum air. Terkejut apabila nama Alisya disebut.
Tunang aku? Eh, bila pula aku mengaku dia tunang aku?
"Ha? Alisya? Budak course elektronik tu?" Terus Mawi
bertanya.
"Yalah. Awat hang terkejut
sangat ni, Mawi? Hang jangan kata hang pun suka dia. Aku dah lama berkenan kat
dia, dari kita first year lagi."
ujar Hafiz.
"Hish .. Taklah. Tapi taktaulah
pulak kalau dia dah berpunya, betul tak Fik?" kata Mawi sambil menepuk
bahu Fikri.
"Aaa ... Nantilah aku fikirkan,
Hafiz."
'Fikir apa lagi, Fikri? Alisya tu
tunang kau. Takkan kau nak pass kat
orang pulak. Tak baik tu.' monolog Mawi.
.............................................................................................................................................................
Hujan turun dengan sangat lebat. Jam
sudah menunjukkan pukul 6.00 petang. Dengan senggugut yang dirasai sejak
beberapa jam yang lau, ditambah dengan perut yang lapar kerana seharian di
makmal membuat eksperimen, membuatkan hatinya sangat sayu. Dia masih di pusat
pengajiannya menunggu hujan sedikit reda. Duduk di atas kerusi panjang sambil
memerhati titisan air hujan. Alangkah indahnya kalau Fikri muncul di situ untuk
membawanya pulang. Untuk menghubungi Fikri, memang dia takkan lakukan. Sudikah
Fikri bersusah payah kerananya? Lagipun, dia juga tidak tahu di manakah
keberadaan lelaki itu tatkala ini.
"Kau buat apa kat sini? Duduk
kat sini lepas tu terkena tempias hujan, nanti demam. Kan susah."
Alisya berpaling. Fikri?
"Jomlah
aku hantar kau balik. Dah petang ni. Bahaya kau duduk sini sorang-sorang."
Ajak Fikri.
Alisya mengangguk. Dia juga sudah tidak
sabar untuk berehat. Mahu mengurut pinggangnya yang sudah sakit.
"Kita pergi makan dulu. Aku
laparlah." Ujar Fikri lantas membelokkan kereta di sebuah kedai makan
berhampiran kampus.
Sementara menunggu makanan
dihidangkan, Fikri tidak lepas memandang gadis itu. Seingatnya, sudah hampir
sebulan mereka tidak bersua. Dia agak, mungkin Alisya marah dengannya kerana
menyuruhnya merahsiakn status perhubungan mereka. Dilihatnya jari manis kiri
Alisya, masih terletak elok cincin pilihannya dengan Qaseh dahulu. Sepatutnya
Qaseh yang memakai cincin itu, alih-alih Alisya pula yang menjadi pemiliknya.
Perancangan Allah SWT, tidak ada sesiapa yang tahu. Dia mengeluh.
"Tak baik mengeluh. Stress
dengan FYP ke? Tu semua hal dunia je. Sesusah manapun, pasti ada jalan
penyelesaiannya," Alisya bersuara.
"Amboi, gaya bercakap macam FYP
dah siap, bolehlah."
"Hahaha ... Taklah. Tapi takkan
saya nak menangis pulak,"
"Saya? Errr ... Since when?" Fikri tersentak. Dia
kepelikan kerana Alisya membahasakan dirinya 'saya'. Selama ini, dia akan
menggunakan kata ganti diri Sya-Abang walaupun Fikri lebih selesa menggunakan
aku-kau.
Mati terus senyuman Alisya.
"Sejak cincin ni terletak di
jari saya. Saya tahu siapa saya dalam hati awak, tapi saya hormatkan awak atas
status yang awak pegang sekarang. Awak
nak panggil saya apa, itu terpulang kepada awak." Alisya nekad. Dia mahu menjadi
seorang berusaha untuk memiliki sekeping hati Aliff Fikri. Sekiranya dia gagal,
tidak apa. Yang penting, dia sudah berusaha.
Mereka tidak lagi bercakap soal itu
apabila pelayan menghantar makanan yang dipesan. Mereka makan dengan aman. Tenaga
perlu diisi semula. Banyak lagi perkara perlu diselesaikan sebelum mereka tamat
pengajian beberapa bulan lagi. Selapas itu ke manakah hala tuju perhubungan
mereka? Alisya sendiri tidak pasti. Sebulan menjadi tunangan lelaki tersebut,
tidak ada apa-apa yang berubah. Hubungan mereka tetap sama.
............................................................................................................................................................
"Sya, I am so sorry. Aku lambat balik pulak. Kau balik dalam hujan ke
tadi?" Tanya Liyana sambil menepuk bahu Alisya.
"Takpa Yana. Aku balik dengan
Fikri tadi." Ujar Alisya.
"Eloklah tu, Sya. Lagipun dia
tunang kau, bakal suami kau," sambung Liyana.
"Entahlah, Yana. Aku taktau ke
mana hala tuju hubungan aku dengan Fikri sebenarnya."
"Kenapa ni, Sya? Fikri belum
dapat terima kau ke?"
"Yana, kau pun tahukan Fikri
nak bertunang dengan orang lain pada mulanya. Aku ni cuma tunang ganti
je," tersedu-sedan Alisya memberitahu.
"Sabar ya, Sya. Kalau Fikri tu
jodoh kau, Allah akan permudahkan segala-galanya," pujuk Liyana lantas
memeluk Alisya.
"Terima kasih, Yana. Kau doakan
aku ya."
.............................................................................................................................................................
"Sya, kau larat pergi kuliah
tak ni? Macam teruk sangat je senggugut kau." Arah Liyana. Risau pula dia
melihat Alisya yang mengerekot menahan sakit perutnya.
"Aku tak pergilah. Nanti kau
tolong ajar aku, ya." Sempat Alisya memesan kepada Liyana.
"Takde hallah, Sya. Kau tu
rehat, tuam perut kau tu."
Alisya hanya tersenyum. Dia
betul-betul tidak larat. Tadi Liyana sempat menjerang air untuknya tuam. Dia
bersyukur kerana dikurniakan sahabat sebaik Liyana di universiti ini. Dia hanya
berbaring dan kembali menuam perutnya. Berharap agar kesakitan yang diamalinya
akan bernasur hilang tidak lama lagi.
.............................................................................................................................................................
"Fik, kenapa Alisya tak datang
kuliah?" Bisik Mawi kepada Fikri ketika pensyarah mereka masih sedang
mengajar. Fikri menoleh dan mengangkat bahu, menandakan dia tidak tahu.
"Isy, kau tunang dia kot. Ambil
beratlah sikit kat dia. Kesian dia, Fik," sambung Mawi lagi.
Fikri hanya berdiam. Pandangannya
dihalakan ke hadapan namun apa yang sedang dijelaskan oleh pensyarahnya
langsung tidak ditumpunya. Otaknya mula berfikir tentang Alisya lantas telefon
bimbitnya dikeluarkan dari dalam poket.
Salam.
Kau kat mana? Kenapa tak datang kuliah? -Fikri
Seminit, lima minit berlalu namun
masih tiada balasan. Fikri tidak dapat menumpukan perhatiannya di dalam kuliah.
Sekejap-sekejap dia memandang skrin telefon bimbitnya. Risau juga dia sekiranya
apa-apa terjadi pada Alisya.
Hampir 20 minit selepas itu, kuliah
mereka tamat. Fikri terus bangun dan keluar dari dewan kuliah. Panggilan
daripada Mawi tidak diendahkannya.
"Eh, ke mana kawan hang nak
pergi tu, Mawi? Nampak tergesa-gesa je," tegur Liyana. Sememangnya Liyana
dan Mawi bersahabat baik kerana mereka telah kenal antara satu sama lain sejak
dari kecil lagi.
"Risaulah tu tunang tak datang
kuliah," seloroh Mawi.
Liyana menepuk dahi.
"Aku terlupa nak bagitahu tadi,
Sya tak berapa sihatlah sebab tu tak datang kuliah," terang Liyana kepada
Mawi.
"Takpalah, Liyana. Bagus juga
Fikri pi cari Sya. Biar hubungan diorang berkembang sikit."
Liyana mengangkat kening,
seolah-olah mengerti apakah yang cuba disampaikan oleh sahabatnya itu.
............................................................................................................................................................
"Hello?"
"Aku ada kat depan asrama kau
ni. Turun sekarang," tegas suara Fikri.
'What?
Apalah Fikri ni. Aku dahlah sakit, ada ke patut dia bagi arahan macam tu je.'
Dengan
badan yang tak berapa nak sihat, dia turutkan juga. Selepas masa diambil dalam
10 minit, dia turun dengan memakai seluar slack
hitam dan sweather hijau bertudungkan
warna senada.
Dari jauh kelihatan Fikri sedang
bersandar di bahu keretanya menanti Alisya. Alisya mendekati.
"Kenapa kau tak datang kuliah
tadi? SMS aku pun kau tak reply."
"Saya tak sihatlah. Takkan
saja-saja tak pergi kuliah pulak," Alisya menjawab. Geram pun ada juga.
Fikri terkejut mendengar jawapan
Alisya. Dia memandang muka Alisya. Memang nampak pucat dan tidak bermaya.
Timbul rasa bersalah kerana bersuara kasar tadi.
"Kau demam ke? Jom aku bawa kau
pergi klinik,"
"Taknak. Nanti kalau aku nak
pergi, aku pergi dengan Liyana," bantah Alisya.
"Liyana kan tak balik lagi. Aku
yang ada kat sini dengan kau, pergi dengan aku jelah."
"Tapi saya ..."
Tidak sempat Alisya mahu
menjelaskan, tangannya sudah ditarik Fikri untuk masuk ke dalam kereta. Nasib
berlapik!
.............................................................................................................................................................
Mahu tergelak pun ada memikirkan
kata-kata doktor sebentar tadi.
"She's fine. Biasalah, mula-mula memang macam ni. She is adapting to married life," terang
doktor wanita pertengahan umur itu kepada Fikri.
"Errr, pardon?"
"Sepatutnya bila sudah
berkahwin, penyakit senggugutnya akan hilang. Tapi dalam case kamu berdua ni, mungkin kerana masih baru berkahwin, jadi dia
masih mengalaminya." terang doktor itu lagi dengan lebih panjang.
"Oh ..." tidak terkata
Fikri pada waktu itu.
Di dalam hatinya, 'Married life? She's not my wife, Dr.'
"Fik, kau ni dah kenapa senyum
sorang-sorang? Dah macam weng je aku
tengok," laju Mawi menyoal apabila melihat sejak tadi Fikri seakan-akan di
dalam dunianya sendiri.
"Ke situ pulak kau ni. Nak ke
kau ada roomate macam tu?" Fikri
menyoal kembali.
"Taklah. Tapi keadaan kau tu
yang buat aku musykil. Haaa ... Alisya apa cerita?" Mawi baru teringat
akan perihal yang satu itu.
"Yang kau sibuk nak tahu pasal
tunang aku tu apahal pulak?" laju Fikri membalas.
"Aik? Dah mengaku tunang
nampaknya." Mawi mengangkat kening.
"Dia memang tunang aku pun,
kan."
"Fikri, aku betul-betul harap
jodoh kau berpanjangan dengan Alisya tu sebab aku yakin dia boleh bahagiakan
kau." Mawi menyuarakan pendapatnya sambil menepuk bahu Fikri.
Fikri hanya tersenyum. Dia sendiri
tidak pasti dengan perasaannya kini. Dia akui, perwatakan Alisya yang berdikari
itu sangat menyenangkannya. Ada kalanya apabila dia bersikap tegas dengan gadis
itu, dia tahu Alisya mahu memberontak. Namun, akhirnya Alisya tetap akan mengalah.
Dia tahu Alisya sering kali ingin membuat dirinya berasa senang. 'Aku dah jatuh
cinta dengan diakah?'
.............................................................................................................................................................
"Alisya."
Alisya yang sedang berjalan dengan
Liyana menuju ke kafeteria, berpaling.
"Errr ..ya?"
"Awak dah sihat?"
Alisya mengerutkan dahi.
"Fikri bagitahu saya yang awak
tak sihat beberapa hari lepas." kata Hafiz setelah melihat kerutan dahi
Alisya.
"Fikri bagitahu?"
"Ya ... errr ... tak. Saya yang
tanya Fikri sebenarnya," Hafiz menjelaskan. Terketar-ketar suaranya.
Mungkin malu berhadapan dengan gadis pujaannya.
Alisya lega. Pasti dia akan lebih
berkecil hati sekiranya Fikri yang memberitahu Hafiz perihal dirinya. Kelihatan
seolah-olah Fikri langsung tidak menghormatinya sebagai tunangan lelaki itu.
"Saya dah sihat. Terima kasih
sebab ambil berat."
"Sya, ni untuk awak," ujar
Hafiz sambil menghulurkan sekuntum bunga mawar merah kepada Alisya.
Alisya teragak-agak untuk
menyambutnya. Eh tak! Alisya memang tiada niat untuk menerimanya. Namun, seakan
kurang ajar sekiranya dia tidak menyambut huluran itu.
"Fiz, Alisya alergik dengan
bunga. Dia bukan setakat tak boleh hidu bau, duduk dekat dengan bunga pun boleh
pengsan nanti," kata Fikri yang entah muncul dari mana terus mencapai
huluran bunga tersebut.
"Yakah? Hang la ni Fikri tak
bagitahu tadi. Nasib baik Sya tak pengsan," ucap Hafiz sekadar menutup
malu.
"Maaf ya, Hafiz. Dan lagi satu,
saya lebih selesa kalau awak panggil saya Alisya. Yana, aku nak baliklah. Tak
dapat teman kau makan. Sorry." ujar
Alisya lantas meninggalkan mereka.
Terkebil-kebil mata Hafiz memandang
suasana tersebut. Fikri pula turut meminta diri untuk pulang.
"Sya, tunggu."
Alisya tersentak. Tidak disangka
Fikri akan mengejarnya.
"Awak
nak apa, Fikri?"
"Kau tak makan lagi, kan? Kita
pergi makan dulu. Lepas tu aku hantar kau balik," ajak Fikri.
Alisya mahu menolak. Namun, niatnya
dipadamkan apabila dia melihat wajah jejaka itu yang seakan-akan merayu.
.............................................................................................................................................................
"Kenapa kau tak terima bunga
daripada Hafiz tadi?" Soal Fikri kepada Alisya usai mereka memesan
makanan.
"Awak memang tak faham atau
buat-buat tak faham, ya? Saya ni tunang orang, takkan saya nak terima bunga
daripada lelaki lain pulak." Geram betul Alisya dengan Fikri. Boleh pulak
dia tanya soalan luar alam macam tu.
"Kau serius ke dengan
pertunangan kita ni?" Tanya Fikri. Mungkin sudah tiba masa untuk mereka
berbincang secara serius tentang hala tuju hubungan mereka.
"Awak ingat saya bertunang
saja-saja ke?"
"Tapi kau tahu kan aku masih
cintakan Qaseh." jawab Fikri.
Hancur hati Alisya mendengar jawapan
Fikri. Fikirnya, beberapa bulan tempoh pertunangan mereka sedikit sebanyak
dapat membuatkan Qaseh lenyap daripada hatinya. Rupanya tersasar jauh
tekaannya.
"Apa maksud awak?"
"I mean, what if ..."
"Fikri."
Alisya dan Fikri sama-sama menoleh.
Kelihatan seorang gadis tinggi lampai berjalan mengahampiri meja mereka.
"Qaseh ..."